Menitik Malam.
KENALI KELICITAN POLITIK SI MUALAF PAS.
MSO
Setiusaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki menempelak angan-angan dan ilusi Annuar Musa yang membayangkan SPR akan membuat fatwa tidak ada pilihan raya di enam kerusi diwakili Bersatu menyebabkan akan ada 11 orang ahli parlimen UMNO akan mengundi PM ke 11.
Ketika berceramah di Sungai Bakap sekejep tadi, Asyarf jelaskan apa dikatakan si maulaf Pas itu bohong, kerana dia mengetahui situasi yang berlaku dalam UMNO atas kedudukannya sebagai Setiausaha Agung.
"Saya sebagai Setiausaha Agung tahu sangat apa yang berlaku dalam parti," tegas Asyraf.
Menurut Asyarat tidak mungkin ada ahli parlimen UMNO akan meninggalkan parti kerana mereka sudah diikat bersyarat apabila menanda tangani ikar taat setia kepada parti dan implikasi jika mungkir.
Katanya semua calon UMNO diminta menanda tangani berikrar akan setia kepada parti dan sekiranya mereka ingkar akan dikenakan penalti sebanyak RM100 juta.
Justeru apa dibayangkan Annuar itu hanya ilusi sahaja atau angan-angan oleh seorang mualaf yang memimpikan syurga.
Manakala di sisi lain apa dibayangkan Annuar itu dia mahu reverst psykologi dengan mengharap SPR akan umumkan kekosongan enam kerusi parlimen berkenaan dimana dua di Kelantan untuk membolehkan dia bertanding dalam pilihan raya kecil.
Otak Annuar ini memang licit dan mereka yang bodoh mudah tersihir.
Annuar kini kemaruk untuk masuk parlimen apabila dalam pilihan raya lalu dinyahkan oleh UMNO di Ketereh, manakala hasratnya untuk bertanding di Ketereh atas tikit Pas disambar oleh Klil.
Waspada dan kenal cara tipu muslihat dan psikologi Annuar Musa yang kemaruk hendak bertanding. Saya telah mengenali sejak lebih 30 tahun, kenal sangat warna, bau dan jenis najisnya.
Dalam hal ini sekali lagi saya nak peringatkan kepada Pas, sekiranya berlaku kekosongan kerusi Pas jangan sesekali berikan laluan kepada Annuar bagi mengelakkan berlaku krsis Pas dengan istana di Kelantan nanti. Trims.