DOLLAR MASIH UNGGULI


Nik Hasyudeen


 Maaf ya, Dollar masih kekal unggul



Atlantic Center ada Geoeconomics Center yang menerbitkan pelbagai data berkenaan ekonomi. Salah satu dari topik yang mereka laporkan ialah berkenaan keunggulan Dollar melalui Dollar Dominance Monitor.


Saya kongsikan data terakhir berkenaan Dollar.


1. Ianya masih menguasai 60% dari rizab matawang asing dunia


2. 54% dari inbois di dalam perdagangan masih di dalam Dollar


3. 88% transaksi pertukaran wang asing masih di dalam Dollar.


Menurut Geoeconomics Center juga:


1. Negara-negara BRICS sudah mengubah halatuju dari matawang yang dikongsikan kepada sistem pembayaran supaya boleh menggunakan bukan Dollar


2. Usaha di atas diungguli oleh China melalui Cross-Border Interbank Payment System (CIPS) yang menggunakan Renminbi sebagai matawang penyelesaian


3. CIPS ada 142 peserta (participant) lansung dan 1,394 peserta tidak lansung berbanding dengan SWIFT yang menggunakan Dollar yang mempunyai lebih 11,000 peserta


4. Di suku terakhir 2023, peratusan Renminbi sebagai matawang rizab dunia jatuh kepada 2.3% berbanding dengan kedudukan tertinggi sebanyak 2.8 peratus di dalam tahun 2022. Ini adalah kerana China pun ada masalah ekonomi yang menjejaskan keyakinan negara lain


5. Bank-bank pusat BRICS meningkatkan pegangan emas masing-masing dan lebih satu pertiga bank-bank rizab dunia berhasrat untuk meningkatkan pegangan emas masing-masing


Walaupun ramai yang tidak suka Amerika, di dalam jangka masa sederhana, Dollar tetap kukuh disebabkan penggunaannya sebagai matawang rizab dunia dan kekuatan Amerika sebagai pusat modal dunia.


Bagi orang yang nak mempertikai, sila bawa data-data anda, jangan hanya nak guna emosi. Itu tak ada kelas.



No comments: