MMMS
Syahir macam concern betul pasal inflasi Malaysia meningkat kepada 2.0% dari pada 1.8% untuk Mei 2024. Katanya akan ada impak untuk kuasa membeli rakyat.
Yang dia tak cerita masa PN jadi kerajaan, inflasi kita naik sampai 4.7% 2 kali, Mac 2021 dan Ogos 2022. Untuk setiap 4% inflasi, harga barang akan jadi 2 kali ganda dalam masa 18 tahun. Sebab itu jangan tanya kenapa nasi ayam dulu RM5 sekarang sudah jadi RM6.5, mostly naik zaman PN memerintah.
Rakyat tak lupa, di samping inflasi yang teruk, kes ramai kena buang kerja, nak cari telur pun tak ada di pasaran. Ayam jadi 11 ringgit sekilo, tapi PN sibuk scheme of things.
Inflasi 2% ini masih lagi dalam kategori healthy inflation, kalau tak ada inflasi pun tak boleh juga, sebab ekonomi akan terbantut. Teringat ada lebai bangga inflasi negeri dia bawah 1.0 ( dia ingat dia cerdik) . Dan kerajaan memang sudah jangkakan kenaikan inflasi dalam julat 2.0%-3.5% selepas rasionalisasi diesel. Nak kritik boleh, tapi tengok juga apa yang kamu buat masa kamu ada kuasa.
Kalau tengok trend production minyak kita pun makin sikit setiap tahun dan jumlah subsidi yang di bayar makin naik setiap tahun, at one point benda ini akan jadi not sustainable overlong run.
Pemimpin yang bertanggungjawab akan berani buat keputusan yang tidak populis, kalau tak jadilah tukang baca PDF yang takut jawap soalan live wartawan. Tambahan pula isu pemanasan global jadi kita kena cari sumber tenaga alternative lain macam solar ataupun kereta elektrik demi masa depan anak-anak kita walaupun harganya lebih mahal dari tenaga fosil.