PEMUDA AMANAH GESA BANTERAS IDEALOGI EKSTRIMIS HINGGA KE AKAR UMBI

 


KENYATAAN MEDIA

PEMUDA AMANAH NASIONAL




18 Mei 2024


PEMUDA AMANAH GESA BANTERAS IDEALOGI EKSTRIMIS HINGGA KE AKAR UMBI


Pemuda Amanah ingin menyatakan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang telah mengakibatkan dua anggota polis terkorban dan seorang lagi cedera. 


Pemuda AMANAH berpendirian bahawa tindakan ini adalah manifestasi sikap ghuluw (ekstrem) akibat tafsiran salah terhadap nas agama. 


Kumpulan seperti ini merasakan perbuatan  membunuh adalah wajar dalam usaha menegakkan negara Islam mengikut fahaman mereka walaupun ia merupakan dosa besar disisi agama.


Kumpulan ekstrimis menggunakan isu akidah untuk mencapai objektif politik mereka. Mereka bermula dengan amalan takfir dan akhirnya sampai satu tahap mereka merasakan tindakan membunuh adalah halal.


Ketaksuban dan fahaman ekstrem ini semakin berkembang dengan menarik individu yang  jahil tentang agama dan politik untuk menanamkan fikrah ghuluw dan takfiri.


Pemuda Amanah menggesa semua pihak, terutama pihak berkuasa dan masyarakat umum, untuk bersama-sama menangani dan membanteras ideologi ekstremis ini dari terus berkembang di negara kita. 


Pemuda AMANAH juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku serangan ini.


Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada keluarga mangsa dan melindungi negara kita dari sebarang ancaman ekstremisme. 


SHEIKH KHUZAIFAH

Pengarah Strategi Pemuda Amanah Nasional


#PemudaAMANAH

#PartiAmanahNegara

#AmanahProgresifPeduli 

#KerajaanMadani 

#MalaysiaBersamaPalestin