Menurut laporan, suspek dipercayai menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman membabitkan projek pembangunan di sekitar ibu negara, antara tahun 2019 dan 2021.
"Suspek dipercayai menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari Kementerian Kewangan kepada syarikat kontraktor serta perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan," kata sumber SPRM, dipetik media.