Semalam permulaan SST dinaikkan dari 6% ke 8%. Media sosial dihujani dengan pelbagai versi cerita dari Shopee sampai ke insurans kereta.
Beberapa fakta yang penting untuk rakyat tahu.
1. SST ni sejenis cukai yang 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗮𝗱𝗮. Ia bukannya cukai baharu. Bukan bulan lepas tak kena cukai, tiba-tiba bulan ni kena 8%. Tak. Bukan begitu. Yang kena cukai sebelum ini 6%, dinaikkan jadi 8%. Yang sebelum ini tak kena cukai, 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶.
2. SST ni cukai 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻. Yang naik cuma cukai perkhidmatan. Cukai jualan kekal (5% ke 10%). 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻. Cukai perkhidmatan pun ada beberapa sektor yang kekal 6%. Seperti sektor makanan dan minuman (𝗙&𝗕).
3. Bil air tak dikenakan SST manakala elektrik pula untuk penggunaan melebihi 600kWh. Yang kena pun cuma 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗶 600kWh saja. Contohnya guna 700kWh. Yang akan kena cuma 100kWh sahaja. Selama ni pun memang dah kena SST cuma 6%. Bermula 1 Mac, akan jadi 8%. Bukan selama ni tak kena sekarang kena 8%.
4. Pengguna elektrik untuk industri dan komersil juga 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗦𝗧 sebab selama ni memang tak kena pun.
Ada yang tanya tentang insurans kereta. Macam ni. Kalau dah nama kenaikan cukai, pastilah ada kesan. Kalau tak, bukanlah kenaikan cukai namanya. Tapi soalannya, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 terhadap rakyat terutama golongan B40 dan miskin.
Untuk insurans kenderaan, kenaikannya sama juga, 2%. Soalan pertama, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗽 kita 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗶 insurans kereta? Setiap hari? sebulan sekali? Atau cuma setahun sekali?
Soalan kedua, berapa mahal insurans kereta B40 & M40? Katakan RM1,000. Kenaikan 2% bermakna RM20. Jika sebelum ni RM1,060 akan jadi RM1,080. Naik 𝗥𝗠20 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 tu amat membebankan ke? Rokok John Dblend pun sehari RM7.
Kalau insurans kereta melebihi RM2,000 setahun, bukan kereta murah tu. Kalau mampu pakai kereta mahal, bukanlah B40. Itu T20 atau level kayangan.
Kalau T20 atau kayangan, RM40 setahun pun nak berkira, patut kena panggil 𝗛𝗷. 𝗕𝗮𝗸𝗵𝗶𝗹. Nak macam macam tapi semua nak 𝘧𝘳𝘦𝘦. Tak jadik 𝘫𝘢𝘤𝘬.
Dulu cukai naik marah tapi sekarang sokong pulak?
Betul. Dulu aku bising cukai naik. Kenapa? Sebab walau cukai dah naik, ekonomi masih tak elok. Negara kita dalam keadaan 𝗱𝗲𝗳𝗶𝘀𝗶𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗱-𝗱𝗲𝗸𝗮𝗱 lamanya. Cukai naik tapi masih defisit. Ke mana duit cukai kita dibelanjakan?
Tapi sekarang situasinya lain. Defisit kita mula turun dan pertumbuhan hutang juga mengecil. Kita marah dulu bukan sebab cukai naik tapi sebab duit cukai kita 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 oleh ahli politik. Kalau cukai tinggi tapi faedah dirasai oleh rakyat, takkan jadi masalah. Faham tak? Guane boh?
Raja Gelap II
.