WAN SAIFUL DIBERI TEMPOH HINGGA AHAD

 

MSO


Ringkasan Berita Hari Ini.


WAN SAIFUL DIBERI TEMPOH HINGGA AHAD


Ahli parlimen Bersatu Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jam diberi tempoh hingga Ahad ini untuk menemui SPRM berhubung pendedahan beliau di parlimen kononnya disogok RM1.78 juta agar menyokong Perdana Menteri.


Beliau juga mendakwa selepas membuat pendedahan itu dalam parlimen, tidak sampai setengah jam beliau dihubungi pegawai SPRM, bagaimana pendedahan itu dinafikan oleh SPRM.


Jika pendedahan mengenai sogokan itu palsu dan bohong, bermakna Wan Saiful berbohong dua kali dalam tempoh tidak sampai sehari. 


Semasa mendedahkan konon dia disogok dan diugut di parlimen, ahli parlimen Tasek Gelugor itu dikutuk para penyokong kerajaan, sehingga beliau terkising-kising dan tersengeh hampa. 


***


POLIS PANGGIL BADRUL DAN ZAHID 


Polis telah memanggil dua pemimpin Bersatu, Badrul Sharin dan Muhammad Zahid Md arif untuk memberi keterangan kepada polis berhubung aksinya mereka yang mengutuk perdana menteri dan menghina Yang diPertuan Agong. 


Kedua sahabat itu yang suatu masa dahulu orang kuat Anwar Ibrahim, dirakam sedang berdialog memperli dan mengutuk Anwar dan Yang diPertuan Agong dalam Tiktok berhubung kurniaan kereta Mercedes oleh Yang diPertuan Agong kepada Anwar Ibrahim. 


Mereka tidak selesa dengan anugerah itu dan mempersendakan pemberian Yang diPertuan Agong kepada Perdana Menteri sebagai perbuatan luar biasa dan suatu sejarah.


Perbuatan mereka tersebut dilihat khalayak tidak wajar dan menghina PM dan juga Yang diPertuan Agong. Ia bertentangan dengan peribadi mereka sebagai pemimpin atau orang politik yang sewajarnya menunjukkan akhlak yang bagus. 


*** 

MAHIADDIN YANG TEEGILA-GILA NAK JADI PM


Presiden Bersatu yang tergila-gila untuk jadi perdana menteri walaupun secara tidak halal, Mahiaddin Yassin hari ini gagal untuk merayu terhadap perintah membebaskannya daripada empat pertuduhan rasuah bernilai RM232. 5 juta.


Sebelum ini Mahkamah Tinggi melepaskan Mahiaddin daripada tuduhan rasuah yang dibuat Mahkamah Seksyen, tetapi dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan. Ekoran itu peguam Mahiaddin mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan tetapi dibantah oleh Pendakwa alasan alasan Mahkamah Rayuan tidak berhak menyemak keputusan mahkamah seksyen.


Alasan penolakan keinginan Mahiaddin itu kerana kes rasuah tersebut terbabit bermula di Mahkamah Seksyen dan masih kekal di mahkamah sama. Mahkamah Rayuan tidak ada hak untuk mendengar rayuan Mahiaddin.


Mahkamah menetapkan 3 April ini untuk membicarakan kes itu di Mahkamah Seksyen dan bagi memaklumkan perkembangan rayuan berkenaan yang ditolak.


Keputusan itu dibuat tiga hakim dan dikembalikan semula ke mahkamah seksyen. Ini bermakna perlepas empat kes rasuah terhadap Mahiaddin itu ditarik balik dan beliau kekal dengan pertuduhan jenayah itu. 


***


WAN SAIFUL DIBERI TEMPOH HINGGA AHAD


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga Ahad ini kepada ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk tampil ke SPRM berhubung pendedahan beliau di Dewan Rakyat mengenai tawaran habuan dan ugutan agar menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki berkata, sekiranya Ahli Parlimen tersebut tidak berbuat demikian, satu tindakan terhadapnya akan diambil. Kemungkinan SPRM akan keluarkan waran tangkap. 

***


DAIM JUGA GAGAL 


Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya gagal mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan semakan kehakiman mereka terhadap siasatan SPRM ke atas mereka.


Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh petang tadi menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut. Dengan keputusan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak lagi akan meneruskan perbicaraan mengenai merit tindakan undang-undang tersebut.


Antara relif yang dimohon dalam tindakan undang-undang itu adalah untuk membatalkan pertuduhan jenayah tidak mengisytiharkan aset oleh Daim dan isterinya Na'imah Abdul Khalid.


Farid memutuskan bahawa pemohon gagal menunjukkan bahawa terdapat mala fide (niat jahat) dalam siasatan SPRM terhadap mereka, dengan menyatakan bahawa hanya syak wasangka mala fide tidak memadai.


***


MENANTU MAHIADDIN BELUM PULANG


Mentua gagal menantu pula yang diburu SPRM masih belum menyerahkan diri untuk tindakan lanjut. Pihak SPRM masih memberi peluang kepada menantu bekas PM itu untuk memberi kerjasama. Sekiranya ia masih berdegil, pihak SPRM akan mengikut jalan terakhir dengan meminta Peguam negara bagi dituduh di mahkamah menantu bekas PM itu tanpa kehadirannya. 


Menantu Mahiaddin, Muhammad Adlan bersama seorang lagi dikenal pasti meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.


Mentua gagal dalam rayuan manakala menantu masih terus diburu. Trims.


No comments: