MSO
Ambil perhatian sikit kepada pemain medsos khasnya Facebooks. Saya nak beri sedikit pandangan untuk direnungi dengan nawaitu untuk kebaikan dan menjaga kemuliaan agama kita khasnya, dan juga tentang akhlak dan etika.
Saya merujuk langsung kepada suatu hantaran klik video suasana di hadapan Kabbah ketika ingin mengucup Hajarul Aswad yang tular secara meluas.
Klik video itu menunjukkan betapa kalutnya para jemaah umrah, saya percaya ia dari negara kita.
Kita tahu mengucup Hajarul Aswad itu hanya sunnah dan bukan termasuk dalam rukun sah umrah atau haji. Jika kita ada kesempatan dan peluang, kucuplah batu hitam itu untuk mengambil semangat, jika tidak, tidak mengapa.
Saya yakin semua jemaah ke Makkah bercita-cita untuk mengucup batu hitam berkenaan sebagai merasai akan keberkatan dan sayangnya kepada Nabi Muhammad Al Amin orang terakhir yang megang dan meletakkan batu htiam itu di atas tempatnya.
Tidak ditolak keinginan itu. Malangnya setengah merasakan tidak sah ke Makkah kalau tidak mengucup birai mangkuk tempat terletakkanya batu berkenaan.
Namun kalau kita terpaksa bersesak, tangkis menangkis kerana terlalu ghariah ia tidak perlu, apa lagi sampai membahayakan diri. Kita selalu dengan ada yang pengsan di hadapan Kabbah kerana merebut untuk mencium hajatul aswad.
Ada juga kerugian beratus rial kerana tertipu dengan sendikit untuk membawa mencium batu hitam itu. Batu hitam itu telah dijadikan modal perdagangan pula oleh sesetengah orang tan bertanggungjawab.
Apa yang berlaku itu umum diketahui. Tetapi yang saya hendak tegur dan bertanya disini, apakah tujuan kita menularkan klik video kelam kabut dan tidak berakhlak itu. Apakah tujuannya? Kalau untuk menegur dan memberi pencerahan, itu bukan caranya.
Ini kerana, dari sisi lain, klik video itu menggambarkan keburukan kita sebagai umat Islam sendiri. Disiplin kita amat teruk sekali hatta di "hadapan" Tuhan. Malang lagi ia boleh ditafsrikan betapa kita serius melakukan sesuatu yang tidak benar (bidaah), kerana mengucup Hajarul Aswad itu tidak wajib.
Apa tertunjuk di Kabbah itu boleh memberi gambaran buruknya disiplin kita selaku umat Islam. Bukankah baik kalau kita tidak menularkannya dari membuat sesuatu yang sia-sia dan memburuk diri sendiri. Malahan kita digalak melindungi sesuatu yang buruk berhubung tanah suci demi memelihara kemuliaanya.
Bukan hal di hadapan Kabbah itu saja, saya juga lihat kita suka menular aksi-aksi buruk bersangkutan ritual agama kita yang dilakukan oleh puak-puak berbeza dengan aliran pemikiran kita. Misalnya mengenai amalan zikir dan salawat dilakukan golongan tariqat. Kita tidak tahu asal usul ritual berkenaan tetapi kita mengkritiknya mengikut fahaman kita semata-mata.
Tidak bermakna kita mendiamkan hal-hal yang menjolok mata atau bertentangan dengan ajaran kita, kita melindungi sesuatu yang buruk mengenai agama kita dari persepsi kita. Tidak. Perlu diingatkan sebelum kita menularkan sesuatu yang keji itu apakah ia memberi kesan buruk kepada agama kita atau tidak. Berwaspadalah menjadi agen agama agar ia tidak tersasar. Trims.