TIPU LAH TAK LAKU



Mohd Fairul


 Pemerhatian saya...baik di bazar Ramadan, mahupun di kedai persiapan raya, jualan masih keras.


Tipu bila kata tiada sale langsung.


Jarang sangat pengunjung yang susah payah datang, nak parkir lagi, datang saja-saja.


Kebanyakan akan beli, tak kedai A, kedai B, tak kedai B, kedai C dan seterusnya.


Belajar cara orang cina menjual. Dia tahu pengunjung ada duit. Dia pujuk, dia terangkan, dia tawarkan, dia bagi diskaun, pastu orang beli walaupun barang tu tak ada dalam list.


Selain itu jualan di medsos juga amat tinggi trafik nya. Tiktok, Shopee dll. Boleh tengok syarikat penghantaran. Boleh tanya abang-abang rider.


Cuma...ramai peniaga memilih untuk tidak mengaku yang mereka sedang buat untung.


Sebab apa? Pelbagai sebab. Mintak dikasihani pun ya juga.

No comments: