Vodoh dan vangang peniaga bazar ramadan bergaduh pasal tapak.

 


Vodoh dan vangang peniaga bazar ramadan bergaduh pasal tapak. 


***************



Polis telah menahan empat lelaki dan tiga perempuan berhubung pergaduhan di sebuah bazar Ramadan di Petaling Jaya, Selangor.

Polis turut merampas sebuah kerusi plastik dan sebatang fork lock (pengunci kenderaan), menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail dalam kenyataan.


"Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dipohon tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 29 Mac (esok).


"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memiliki senjata - senjata maut dalam rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya, sambil menambah suspek berusia antara 20-an hingga 40-an.


Menurut Selangor TV, Shahrulnizam berkaa salah faham tercetus antara seorang lelaki yang merupakan peniaga popiah dan seorang perempuan yang menjual air tembikai.


Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap perempuan itu yang didakwa memasuki tapak perniagaannya.


Lelaki itu kemudian didakwa menyerang perempuan itu dengan batang besi sehingga tercetus kekecohan.


Walaupun kedua-duanya berhasrat untuk menamatkan pergaduhan secara aman, anak kepada lelaki itu kemudian didakwa menyerang seorang ahli keluarga perempuan itu.


Sementara itu, Shahrulnizam berkata berdasarkan rekod lalu, polis mendapati:


Seorang suspek ada satu rekod melibatkan kesalahan dadah

Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah


Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah

Seorang lagi suspek ada tiga rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah


Shahrulnizam juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.



No comments: