KECOH ISU HINA MELAYU


Izlin Idris


 Semalam kecoh kat Perak, kononnya mamak ni hina melayu.. ramai share screenshot FB yg ada nama dan muka dia up status hina melayu..


Aku masa mula² tengok semalam aku mmg tau bukan dia yang buat status macam tu..


Tapi semalam mmg orang komen semua panas², semua nak cari dia semua nak kutip dia, kemarahan orang Melayu digunakan secukupnya oleh pihak yang nak dajalkan mamat ni..


Dorang tak fikir ke yang akaun mamak ni kekal je ada walaupun masa tengah panas isu tu semalam, yang takde tu adalah akaun yg menghina Melayu tu..


Lepas tu akaun yang menghina Melayu tu, bawah gambar profile dia siap tertulis nama kedai dan lokasi kedai dia sekali..


Itu maknanya orang yang dajal dia mahu bila orang screenshot profile FB dia, dia nak nama kedai serta cawangan kedai tu ada sekali, dia nak orang sana boikot kedai mamat ni.


Orang tu tak pulak nak tunjukkan screenshot atau screenrecord FB dia dari gambar profile, jumlah photo,.jumlah friend FB dia hingga ke status yang kononnya dia hina melayu.


Dia hanya tunjuk gambar profile FB je, tu pun tak sama dengan akaun sebenarnya mamat ni..


Kalau dia tunjuk semua tu, confirm kantoi..


Korang fikir logik le takkan dia nak guna FB yang ada nama dan muka dia kemudian up status hina melayu..


Dia orang niaga dia takkan buat macam tu , customer dia hampir 100% melayu, dia takkan sanggup nak cari pasal dengan melayu menggunakan akaun dengan nama dan muka dia sendiri..


Semalam ada sorang melayu yang kenal rapat dengan mamak ni masuk komen dia kata ada seorang lelaki dari Madura yang bengang bila mamak ni tak nak tolong dia, lelaki seberang tu buat akaun fake Dan letak muka muka mamak ni dan buat status menghina Melayu dan seterusnya jadi viral..


Nampak tak bagaimana apabila kita terlalu emosi dan tidak berfikir panjang, akan ada pihak ketiga yang berkepentingan boleh menggunakan kita untuk menjatuhkan bisnes orang lain dengan menciptakan satu fitnah..


Tak kisah le kalau korang nak kata "Alaa, dia warga asing, tak payah kesian, boikot je" 


Isu dia bukan pasal warga asing, isu dia adalah korang dah terlampau emosi dan mudah termakan fitnah pihak yang nak aniaya dia..


Aku sendiri pun pernah kena, orang sebarkan kat group wasap penduduk tempat aku niaga dan kata tokey tu (aku) adalah orang cina, kononnya jangan support cina le kononnya nasib baik le ada kenalan aku dalam group whatsapp tu dan dia terangkan yg aku ni melayu dan ada jugak yang bijak yang datang sendiri untuk tanya betul ke aku ni cina hahaha.. mampuih..


Bila orang tengok melayu ni cepat marah, lepas ni senang le orang nak gunakan amarah kita bagi kepentingan mereka..


Boleh jadi alat untuk jatuhkan pesaing perniagaan ataupun untuk kepentingan politik.


Setiap isu,.kita kena duduk diam sekejap dan menilai terlebih dahulu..


Bila chef arab kata melayu tak boleh buat macam dia niaga idak pulak korang marah ye


Select sungguh korang ni huhuhu



No comments: