Mereka yang mempunyai nafsu untuk
mengeksploitasi isu untuk keuntungan politik sepatutnya mengawal diri mereka,
terutamanya semasa bulan Ramadan yang penuh berkat ini
Cartoon by ZUNAR
Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.
Aliran amat bimbang dengan keperluan Pas untuk mengangkat isu
mengenai arahan baru Kementerian Pendidikan untuk membuka kantin sekolah semasa
bulan Ramadan.
Ini merupakan satu isu yang tidak perlu dibangkit, terutamanya
dalam masyarakat yang berbilang etnik dan berbilang agama seperti di Malaysia –
di mana rakyat, termasuk kanak-kanak sekolah, sepatutnya mengamalkan sikap
hormat-menghormati terhadap hak dan tanggungjawab antara satu sama lain.
Tindakan Pas dalam menimbulkan isu sebegini adalah tidak
munasabah, malah bercanggah dengan slogan parti mereka yang menyatakan “Pas
untuk semua”.
Sementara pengamalan puasa oleh umat Islam harus dihormati dan
dihargai, hak orang bukan Islam untuk membeli makanan di kantin sekolah juga
perlu diambil kira.
Ia tidak akan mengurangkan nilai keagamaan puasa jika kantin
sekolah diberi kebenaran untuk beroperasi pada waktu tersebut. Malah, ia akan
meningkatkan kesedaran keagamaan pelajar Islam dan memperkuatkan kesabaran yang
diharapkan dari mereka sepanjang bulan Ramadan.
Sebarang tindakan untuk menghalang pengusaha kantin sekolah
daripada beroperasi semasa Ramadan akan dianggap sebagai tindakan yang tidak
peka terhadap hak asasi dan keperluan asas orang bukan Islam.
Mereka yang mempunyai nafsu untuk mengeksploitasi isu untuk
keuntungan politik sepatutnya mengawal diri mereka, terutamanya semasa bulan
Ramadan yang penuh berkat ini.
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity: