JANGAN MUDAH UBAH STRATEGI DI AWAL RAMADAN.




Asyraff 


 Sebelum tidur semalam, semak jualan semua restoran dan bandingkan dengan jualan pada puasa yang lepas dan ianya sungguh mengerikan. Walaupun beberapa kedai full house tapi jualannya tidak setinggi tahun lepas. 

.


Kalau sebelum ini saya tulis yang Ramadan tahun lepas adalah azab untuk bisnes-bisnes saya,semalam lagi siksa! 

.


Tapi sabar,terlalu awal untuk buat kesimpulan. Semalam bila saya pergi KB Mall, parking sudah mula penuh,orang sudah mula keluar membeli.

.


"Jadi,orang terawih kat Masjid sampai puasa ketiga sahaja?" Saya begurau dengan Manager Monaliza KB Mall.

.


Bila jualan jatuh, jangan terus ubah strategi. Perhatikan dulu dalam beberapa selang waktu. Boleh jadi strategi itu belum matang. Sabar tapi dalam masa yang sama, rangka plan B. Kalau selepas seminggu masih tiada apa-apa perubahan, terus suka ke plan B. 

.


Kalau kita tukar strategi cepat sangat, boleh jadi sebenarnya ia gagal disebabkan pelanggan tidak tahu dan yang lagi parah, pekerja-pekerja akan putus asa. Bagi masa. Jangan gelabah. Insya Allah, ada jalan di sana.

.


Ada kawan tanya, "mung check sales hari-hari ko?"

.


Jawapannya ya tapi Ayah saya lagi hebat,dia check bil pelanggan satu per satu.

.


Bagaimana kita nak tahu keadaan bisnes kalau kita tidak tahu berapa duit masuk dan berapa duit keluar? 

.


Selamat berpuasa.

.


BTW,mohon support berbuka puasa di restoran-restoran saya ; Samurai Yakiniku  Kota Bharu, Samurai Yakiniku Setapak , Samurai Yakiniku Bangi , Hattoricoffee dan Konoha.Buffet . Terima kasih.



No comments: