[mantap] SESI SOAL JAWAB BERSAMA PMX DENGAN RAKYAT MALAYSIA DI GERMAN!


Saya berpeluang beramah mesra dan berbuka puasa bersama rakyat Malaysia di Jerman. Dalam ucapan saya maklumkan bahawa Malaysia menerima pengiktirafan daripada para pemimpin industri dan perniagaan di Jerman dengan pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion. Pengiktirafan ini juga disokong oleh kestabilan politik yang dimiliki Malaysia dan ia merupakan elemen penting bagi pelabur. Saya juga mengulangi iltizam bersama rakan Jemaah Menteri untuk berkhidmat dengan lebih baik buat rakyat keseluruhannya. Sewaktu sesi soal jawab, saya turut memberi jaminan bahawa isu berkaitan hak kanak-kanak yang lahir di luar Malaysia sedang ditangani oleh kerajaan. Selain itu, saya juga memberi komitmen menerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kesukaran rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi pada pilihan raya umum. Sumber Video FB DS Anwar Ibrahim



No comments: