Dewan kecoh! MP PN tak faham Bahasa Melayu Tiong, minta henti gulung


Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengarahkan Tiong King Sing menghentikan penggulungannya kerana didakwa butiran yang diberikan tidak dapat difahami. Semasa bangkit dengan memetik peraturan mesyuarat, Awang Hashim (PN-Pendang) mendakwa penjelasan yang diberikan menteri pelancongan, seni dan budaya itu tidak jelas. Bahkan, dakwa Awang secara sinis, Tiong sendiri mungkin tidak faham apa yang diperkatakannya di Dewan Rakyat.