𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗘 𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧






 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗝𝗘 𝗗𝗜𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧

****************

Polis siasat kenyataan Abdul Hadi

Sinar Harian

Mac 1, 2024 16:51 MYT


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu siasatan dijalankan pihaknya mengikut 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟰(𝟭) 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗛𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟰𝟴 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝟭𝟵𝟵𝟴.


"Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi.


"Setakat ini keterangan Abdul Hadi masih belum diambil memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik," katanya pada Jumaat.


Tambah Razarudin, pihaknya masih menunggu waktu yang sesuai untuk memanggil dan mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu.


Pada Khamis, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.


Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta raja-raja Melayu.


Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyifatkan Abdul Hadi tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada 15 Februari lalu.


"Susulan itu, baginda berkenan mengutus sepucuk surat kepada beliau (Abdul Hadi) menerusi Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri," katanya dalam satu kenyataan.



No comments: