Ada walajib (atau walaun menyamar jadi walajib) sibuk kata baik buat GST daripada naikkan SST 2%. Memang sekolah dulu tak ambik matematik ke apa? 6% 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 dari 2%?
GST ni memang sistem cukai paling cekap. Aku pun bukan bantah 100% GST. Satu dunia pakai bererti sistem percukaian ni bagus la. Tapi isunya adalah 6% tu terlalu tinggi.
Lagi satu, SST dikenakan pada perkhidmatan dan 𝗷𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻. GST pula dikenakan ke atas 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 dan perkhidmatan. Nampak tak bezanya?
SST dikenakan sekali saja. Tapi GST dikenakan pada setiap kali barangan itu 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸. Dari pengilang ke pemborong, kena GST. Pemborong ke pengedar, kena GST. Pengedar ke peruncit, kena lagi. Akhir sekali dari peruncit ke pengguna. Berapa level tu? Berapa 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 barangan tu agaknya?
Sekali lagi, GST ni bagus. Tapi kenapa terus mula dengan 6%? Kenapa tak mulakan dengan 2%? Atau kalau nak terus 6% pun boleh tapi 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂. Supaya rakyat ada lebihan duit untuk berbelanja.
Masalahnya bukan GST tapi 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻.
Tapi sekarang ni, selepas Mahiaddin hancurkan ekonomi, nak buat GST balik memang belum sesuai lagi. Tapi kerajaan masih perlukan duit tambahan. Jadi itulah caranya. Naikkan cukai secara minimum.
Nanti bila ekonomi dah stabil, baru boleh cerita semula tentang GST ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.