S.A.L.A.M 5%






Ramai bagi salam 8% hari ini.

Seolah-olah dia makan roti canai pagi ni dah naik harga mendadak.


Rakyat Malaysia ramai yang mudah dimainkan dengan emosi.


Cepat melenting dan kongsi berita palsu, dibawah saya tunjukkan berita lebih baik dari 8% iaitu Salam 5%


Minggu lepas saya baca habis buku ini, Kemakmuran Ekonomi Tanpa Riba dan amat terkejut bahawa Kerajaan Madani sedang buat langkah terbaik untuk selamatkan negara ini. Dalam buku tersebut banyak negara jadi bankrap kerana hutang dan subsidi yang tak manpan.


Ini berita semalam, Kerajaan capai defisit fiskal 5% daripada KDNK untuk tahun lalu.

Ini lah salam 5%!


Tahun sebelum ini adalah 5.6%

Turun RM8.1 bilion banding RM99.5 bilion. Alhamdulillah benda yang sukar capai kalau ikut YB Syahir dari PAS , tapi Kerajaan Madani dapat capai.


Pertumbuhan hutang negara juga turun kepada 8.6% pada tahun 2023 banding 10.2% pada tahun 2022. Jumlah hutang terkini 1.7 trilion bersamaan dengan 64.3% dari KDNK


Komitmen kerajaan untuk turunkan hutang, belanja berhemah ni dan buat tatakelola baik ni, diterjemahkan dengan buat akta fiskal negara.


Maksudnya kerajaan mana pun lepas ini, kena ikut akta tu. Jadi tak ada isu sangat PM dan Menteri Kewangan. Penetapan fiskal akan dibuat di parlimen selepas ini, bukan di pejabat Menteri Kewangan sahaja.


Hutang pun dah ditetapkan tidak lebih 65% dan kadar khidmat hutang tak lebih 15%


Ini semua nak elakkan Malaysia termasuk ke perangkap hutang dan bankrap.


Jadi ini lah yang sebenarnya rakyat kena cakna. Kesungguhan kerajaan untuk turunkan hutang negara dan belanja berhemah. 


Kerajaan naikkan cukai dari 6% ke 8% adalah untuk tingkatkan pendapatan kerajaan. Bukan untuk bayar duta khas tanpa kerja.


Untuk pengetahuan anda semua, apa yang Kerajaan Madani dah buat sebelum naikkan cukai?


1. Buat akta fiskal negara seperti diatas

2. Bayar faedah hutang 1MDB guna perbelanjaan pembangunan. Ini kali pertama dalam sejarah ya.

3. Buat PADU untuk subsidi bersasar dan

4. Mengurangkan defisit negara seperti diatas.


Mampu ke rakyat tanggung kenaikan cukai?

Insya-Allah ya mampu, 8% tu adalah bersasar dan merupakan hanya 2% kenaikan.


Dengan kemasukan pelaburan yang tinggi maksudnya peluang pekerjaan lebih banyak dan penambahan pendapatan rakyat IPR oleh Kementerian Ekonomi serta subsidi bersasar melalui PADU sekali lagi Insya-Allah rakyat Malaysia kuran terkesan dengan cukai SST ini.


Sekian.

Muhammad Fairul al-Qasas

Jengka

#KPPKRKUALAKRAU

#PENERANGANPKRPAHANG

#MALAYSIAMADANI



No comments: