SEMOGA TIADA KEMUNCULAN KHAWARIJ KE ALAM MELAYU










8 Disember 2023

25 Jamadil Awal 1445H


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tidak berminat terlibat dalam kancah politik kepartian tanah air.


Namun apabila ada parti politik yang mencampur- adukkan urusan aqidah dan keimanan dalam politik seperti mengkafir dan memunafiqkan lawan politiknya, ia sangat keterlaluan.


• Semua pihak diminta menghormati sesama rakyat Malaysia tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan, menghormati sesama muslim terutama para pendakwah, asatizah dan ulama’.


• Kita mendoakan para ulama’, asatizah dan pendakwah agar berkekalan iltizam dengan displin ilmu mereka, petah berhujjah serta tidak mudah berputus asa apabila gagal mendapat kuasa dengan terus mengkafir dan menuduh munafiq terhadap sesama Islam.


• Semua pihak diminta berhati-hati dengan kemunculan KHAWARIJ di alam Melayu. Pada zaman Sayidina Ali r.a pun mereka mengkafirkan baginda dan beberapa sahabat; tidak hairan pada zaman sekarang mereka akan lakukan perkara yang sama, sesama umat Islam.


#MENJUNjung30JuzukQuraan

#RahmatanLilAlamin

#RajaDijulangRakyatDitatang

#KhadamDuniaPersilatanMelayu

#MalaysiaMADANI


HASANUDDIN MOHD YUNUS

Mantan Ahli Parlimen

P101 Hulu Langat