[panas] 'BUMBUNG KERAJAAN KONKRIT' CUBAAN TEBUK PASTI AKAN GAGAL!



Pembentukan Kerajaan Perpaduan dilihat berhasil dan sudah berupaya membina 'bumbung yang konkrit' daripada sebarang cubaan 'tebuk atap' selepas setahun pentadbiran, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri juga mendedahkan, tiada sekalipun pertelagahan akibat perbezaan parti dalam kerajaan Persekutuan walaupun pentadbiran diketuainya dibentuk dengan gabungan 18 parti politik. "Sekarang bumbung kita bumbung konkrit, tebuk atap itu mentaliti. Sekarang ini, baik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), hubungan kerjasama sangat baik. "Dalam Jemaah Menteri, belum ada sekalipun pertelagahan atas perbezaan parti, perbezaan pendapat masing-masing itu ada, tapi bukan atas perbezaan parti, percubaan ini nampaknya berhasil. Percubaan 'tebuk atap', ada yang kata Julai, Ogos, September, Oktober, saya fikir kita ada kekuatan. Sumber Video FB DS Anwar Ibrahim Eshan RTM




No comments: