MAJLIS HIMPUNAN BULANAN

 












Sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), saya sampaikan amanat kepada hadirin akan pentingnya nilai akhlak yang tidak harus dilupakan pada zaman kecanggihan teknologi ketika ini.


Hatta, jangan kerana ada ‘kuasa’ di media sosial, nilai akhlak dipandang enteng dan hilang sifat saling-menghormati sesama ihsan seperti diterapkan dalam konsep Malaysia MADANI.


Tantangan yang hadir dalam membina sebuah negara bangsa harus disambut dengan memperbaiki kelemahan lampau selain membina kekuatan bersama-sama tanpa mengira latar belakang masyarakat.


#MalaysiaMADANI



No comments: