PERANGAI NETIZEN DAN CARA MENGAMANKAN DUNIA MAYA ANDA


Ditemui beberapa perangai netizen dalam FB seperti berikut ;


1. Tidak mampu membaca dan memahami tulisan orang lain dengan baik, lalu menyimpulkan maksud yang salah.


2. Suka menggeneralisasikan kenyataan seseorang yang sebenarnya khusus kepada kes tertentu seolah² hal demikian menjadi norma umum.


3. Gemar membuat screenshot kenyataan di luar konteks perbincangan lalu dijadikan isu utama sehingga ia menimbulkan fitnah dan salah faham. Sebab itu perlu lihat timeline dan isu yang diwacanakan waktu itu.


4. Obses forward kenyataan pihak lain dalam posting orang lain seolah² empunya posting tidak membaca kenyataan orang lain.


5. Meninggalkan komen di ruang pihak yang tidak dipersetujui, dengan kata² provokatif, nista dan tidak beradab selain semua perkara mahu dikaitkan dengan parti dan politik. Dalam bahasa lain, masuk ke dalam rumah orang secara tidak beradab.


Sedangkan perkara yang paling mudah jika tidak setuju dengan posting orang lain, kita boleh ;


1. Ignore tanpa memberikan sebarang komen. Dengan itu, anda belajar mengawal emosi.


2. Unfriend saja orang anda tidak suka. Ia bagus untuk kurangkan beban anda.


3. Jika keberatan, boleh atau delete hide posting/komen beliau.


4. Berikan jawapan balas dalam.posting sendiri, jika perlu. FB anda, hak anda.


5. Komen hanya dalam posting kenalan rapat kerana mereka kenali sikap anda.


Jika anda menjauhi LIMA perangai buruk dan LIMA perangai baik yang saya sebutkan di atas, dunia FB anda akan aman dari celaan dan makian. Fikiran pun tenang.


Dr HK

Tempat sejuk

28.12.2023



No comments: