HONORARIUM

 

Hapiz Kodiang


Sesetengah masjid memanggil penceramah tersohor dengan memberikan honorarium RM5-RM10K (sekadar contoh). Namun apabila pihak masjid maklumkan pada saya bayaran demikian tiada masalah kerana dengan kehadirannya, kutipan untuk masjid boleh mencecah RM30-RM50K. Ia berbaloi daripada menjemput yang biasa seperti saya, di mana kutipan pun hanya sekadar lepas untuk saguhati pengkuliah yang tidak seberapa. 


Itu yang membezakan penceramah yang boleh menyumbang kepada tabung masjid berbanding orang macam saya yang hanya sekadar untuk memenuhi jadual kuliah bulanan masjid.


Jangan diviral pada amaun honorarium yang besar sahaja. Lihat pada return kepada masjid. Bagi masjid² yang tidak mampu, jemput saja level² macam saya. Jangan bandingkan dengan masjid lain. Hal bayaran besar dalam sesetengah keadaan tidak jadi isu masjid yang ditadbir oleh golongan profesional, bekas teknokrat, businesmen dan hartawan di bandar² besar.


Kalimah "Saya" di sini merujuk kepada pengkuliah² biasa seperti saya sendiri! Kita tidak cemburu pun dengan kelebihan Ustaz Ustaz Azhar Idrus dan angkatannya... mereka ada sumbangannya tersendiri.


Saya pernah terbaca mengenai seorang wazir* kepada Sultan Nuruddin al-Zanki bersama Kamaluddin yang sering dibayar 10K Dinar bagi setiap nasihatnya kepada kerajaan. Wazir² lain tidak berpuas hati kerana mereka juga memberi nasihat tetapi dibayar gaji biasa. Sultan Nuruddin berkata setiap nasihat Kamaluddin sangat berkesan untuk kerajaan berbanding nasihat kalian yang tidak bermanfaat langsung. Bayaran gaji yang kalian terima itu sudah cukup banyak untuk kalian sebenarnya.


Dr HK

27.12.2023


* Kisah ini memang disebut dalam mukadimah pengarang kitab Fasl al-Din 'an al-Dawlah. Mungkin saya tersilap sebut nama.sebenar wazir itu. Nanti saya akan pastikan kesahannya.




No comments: