Bersatu cadang pinda Akta lompat Parti
Saya menduduki Jawatankuasa ini semasa di gubal, mewakili PH bersama Gobind Deo dan Hanipa Maidin.
Pendirian PH tindakan MP bertindak bertentangan keputusan whip parti di dalam dewan (dalam perkara seperti undian bajet, usul undi tidak percaya dan apa-apa ruu yang memberi kesan kepada kedudukan kerajaan) adalah dikira hilang kerusi dan pilihanraya kecil diadakan.
Juga MP yang dipecat oleh parti kerana melanggar disiplin dan perlembagaan parti, dikira hilang kerusi.
PN masa itu diwakili Hamzah dan Takiyuddin. PN tidak setuju dengan cadangan PH di atas.
Wan Junaidi Tunku Jafar sebagai pengerusi mengusulkan hanya cadangan yang mendapat konsensus semua parti yang akan dimasukkan.
Akhirnya keadaan bagaimana yang dikira MP hilang kerusi? Istihar masuk parti lain. Istihar jadi MP bebas.
Istihar sokong Perdana Menteri?
Tidak hilang kerusi. Sekian.
-Saifuddin Nasution.