KESIAN HARAKAH. DULU DI BAWAH MAHFUZ SAMA SAMA SEIRINGAN DENGAN SUARA KEADILAN

 



 Kerajaan tarik balik pas perakuan media Harakah, bermaksud lidah rasmi PAS itu tak lagi dibenarkan membuat liputan di sebarang bangunan kerajaan. Laju je kesatuan wartawan NUJM dan Geramm beri respon kerajaan tutup hak kebebasan bersuara.


Tapi ketika Harakah jadi lidah syaitan memfitnah, mencipta persepsi buruk dan mereka naratif palsu, apa yang kesatuan wartawan ini buat? Ada mereka tegur agar Harakah menjaga etika kewartawanan?


Kebebasan bersuara itu betul. Tapi memfitnah tak wajar dibenarkan atas nama kebebasan bersuara. Apakah kerana kebebasan bersuara, maka kerajaan tak bebas lagi melindungi maruah pemimpin?


Bukannya sekali Harakah timbulkan persepsi jahat. Bukan juga sesekali. Tapi selalu sangat. Malah dah sampai tahap rutin. Hinggakan kalau Harakah tulis perkara benar, rasa macam dunia dah nak kiamat.


Lagipun Harakah cuma tak dapat buat liputan di bangunan kerajaan je. Bukannya ditarik balik permit sampai kena tutup terus.


Harakah masih lagi boleh buat liputan cerita walaun bergaduh berebut pelanggan, berita lebai berucap di pentas antarabangsa atau paling tidak pun berita Hadi pergi candat sotong atau hadir majlis tahnik.


Kalau NUJM dan Geramm risaukan nasib wartawan tu, NUJM dan Geramm juga kena risaukan etika kewartawanan yang semakin membusuk dan jatuh merudum sehingga tahap memperbodohkan rakyat.


Kebebasan bersuara bukan bererti kebebasan untuk memfitnah. NUJM dan Geramm jaga dulu etika ahli mereka sebelum nak bercerita tentang kebebasan bersuara. Jangan ikut perangai Sanusi. Salah orang nampak, salah sendiri buat tak reti. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: