BUAT APA PUJUK HANG...TAK GUNA SEDUIT

 

Ahli Parlimen Ketereh kata dia tetap setia kepada Bersatu. Katanya lagi tak ada broker yang berjumpa dengannya bagi memujuk dia menyertai kerajaan. Ini, menurutnya, mungkin kerana dia pesara tentera jadi orang TAK BERANI nak jumpa dengannya.


Aku tak pastilah kalau dia nak umum kesetiaannya ataupun dia pelawa untuk orang datang pujuk dia. Tapi hakikatnya, tak ada broker pun. Empat orang MP tu semua beralih sokongan sebab sedar PN tak mampu bela nasib rakyat. Bukan dapat offer pun.


Tapi, kalau betul ada yang memujuk pun (KALAU!), dia tak dijemput bukan sebab orang takut dengan dia. Tapi sebab tak ada guna pun dapat sokongan dia. Hujah pun mengarut. Tak habis ulang dia bekas tentera je. Siapa nak orang perangai macam dia tu? Tak usah perasan la. Guane boh?


 

Raja Gelap II


No comments: