PARTI LOYAR BURUK JANGAN DI LAYAN.


 PN mahukan Akta Anti Lompat Parti dikaji semula. Mereka mahu MP yang sokong RUU yang boleh jejaskan kerajaan dan yang dipecat daripada parti dikira kehilangan kerusi.


Penjelasan Saifuddin Nasution, memang itu yang PH mahu ketika akta itu digubal. Tapi ketika itu PN tak setuju. Akhirnya hanya perkara yang mendapat konsensus semua parti dimasukkan.


Pada masa itu, Mahiaddin dan PN jangka mereka boleh guna perkara ini untuk kelebihan mereka. Ada rancangan nak tarik MP PH dan BN sokong mereka tanpa keluar parti la tu.


Mungkin Mahiaddin rancang biar MP BN khususnya lawan Zahid hingga dipecat. Kemudian dia boleh gunakan sokongan MP tu untuk membolehkan dia dilantik sebagai PM. Sebab itu PN menentang.


Sekali yang terjadi jelas bertentangan. Sekarang ini MP PN berebut nak sokong kerajaan. Baru otak PN berfungsi. Tapi dah terlambat. Sekarang terimalah akibatnya hasil ketamakan yang dahulu. Memang ini kifarah buat mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: