Anwar giat promosi Malaysia di New York, Zafrul puji PM 'jurujual' terbaik


Usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan membuat pertemuan berasingan bersama empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kesemua syarikat ini turut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. Kelmarin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan Anwar sebagai 'jurujual' terbaik Malaysia.



No comments: