HARI TU TULIS DAH TAJUK. DOK LUAQ HANG CAKAP BESAR. HANG TAKUT PADA ALLAH SAJA. NI MAI UJIAN BRO...NI CENGKERAM AMBIK DAH. SIKIT JA LAGI. 12 TAHUN TAK LARI DAH.




Bekas setiausaha politik menteri kanan disyaki rasuah lulus projek RM80 juta

MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI
23 SEP 2023

SHAH ALAM – Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kanan antara dua individu direman disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki dipercayai ditahan pada Jumaat kira-kira jam 11 malam ketika memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

“Suspek pertama yang merupakan bekas setiausaha politik berumur lingkungan 20-an bersama suspek kedua iaitu pemilik syarikat berumur lewat 50-an ditahan kira-kira jam 11 malam ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.

 Kedua suspek ditahan reman selama empat hari.

“Kedua-dua suspek direman bermula hari ini (Sabtu) sehingga 26 September ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika

 dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya.





1 comment:

Anonymous said...

Pasai apa tutup muka?