KENA BANYAK MEMBACA. BUKAN SEMBERONO

 






Walaun ni jarang nak cari info sebelum buat posting padahal semuanya di hujung jari je. Kadang bukan malas tapi sengaja nak fitnah kerajaan lalu dibuat posting yang mengelirukan.


Kita tanam padi tapi beras tempatan tak ada stok. Kenapa? Sebab pengeluaran beras kita cuma boleh menampung hingga 65% permintaan je. Tapi sebab apa tak buat sampai 100%?


Sebab sebelum ini orang kita kurang minat dengan beras tempatan. Kononnya kurang sedap. Kalau tak laku, produce banyak-banyak akan hanya turunkan harga dan merugikan.


Lagipun dulu masa Mahathir, penasihat ekonomi di negeri yang ditadbir PN, mahu Malaysia jadi negara industri. Berapa banyak ladang dan sawah bertukar jadi kilang masa dia PM dulu.


Sekarang harga beras import naik, barulah orang menggelatat cari beras tempatan. Tapi bukan boleh naik serta merta. Beras kita kena tanam. Bukannya dibuat di kilang. Kena tunggu la.


Gula pula, memang kita bergantung 100% kepada import dari Brazil. Sejak 2012 lagi apabila ladang tebu di Chuping, Perlis ditutup. Bila dah import, faham-faham la kesannya.


Minyak sawit pula, kita tak ada masalah bekalan. Tapi yang dicatu tu minyak paket. Sebab minyak tu bersubsidi. Bila bersubsidi, memanglah kena catu kalau tak kerajaan rugi.


Subsidi kena beri kepada yang layak saja. Takkan la nak beri subsidi kepada rakyat asing dan golongan bangsawan? Orang meniaga pun tak sepatutnya gunakan minyak subsidi.


Tapi masalahnya minyak kita murah dari negara jiran. Ada syaitan yang ambil kesempatan seludup ke negara jiran. Untuk halang jenayah ini, terpaksa minyak paket ini dikawal.


Anak menteri PN pun sama buat kerja jahat begini. Dengarnya dibungkus semula dalam botol dan jual pada harga tanpa subsidi. Kes masih berjalan. Kita tunggu cerita sepenuhnya.


Tapi kalau anak menteri pun terlibat, macamana nak hapuskan kartel minyak? Kena bapaknya pula Menteri Dalam Negeri. Dah tentu kalau ada serbuan dia boleh tahu dulu.


Akhir sekali, soal telur. Sebelum 2029, kita eksport telur ke luar negara. Tapi bila pandemik Covid-19 melanda, pengeluaran telur turun secara mendadak. Kesan arahan kawalan pergerakan.


Kos naik, kemudian rakyat tak dibenarkan keluar, ramai pengusaha terpaksa kecilkan saiz ladang untuk elakkan rugi. Tambah teruk apabila darurat pula diisytiharkan.


PKP memang perlu masa tu. Masalahnya kerajaan waktu itu yang ditadbir PN buat berlebihan sangat. PKP terpanjang dalam dunia. Siap darurat. Rupanya dia nak sakau masa tu.


Tapi bekalan dah semakin pulih sekarang. Cumanya tak semua pengusaha buka kembali ladang mereka selepas dikhianati PN. Jadi kita belum capai lebih 100% pengeluaran lagi.


Ayam pun jadi tua. Sampai masa kena ganti dengan ayam muda. Dulu pengeluaran lebih 100%, musim ganti ayam, kita tak terkesan. Tapi sekarang bila ada ladang kurangkan produksi sebab ganti ayam, terkesan la pasaran telur.


Rantaian ekonomi ni macam alam semula jadi juga. Kalau kita rosakkan hari ini, kesannya tak rasa serta merta. Makan masa baru terasa kesannya.


Jadi kerosakan ekonomi hari ini, bukan disebabkan kegiatan hari ini semata-mata. Kebanyakannya dari masa PN memerintah dahulu. Bahkan ada yang dari masa Mahathir jadi PM dulu.


Benda tak susah pun nak faham. Semua soalan ni ada jawapannya kalau rajin mencari. Tapi kalau hati hitam, niat nak burukkan kerajaan, memang takkan jumpa la jawapan. Jumpa pun buat tak nampak je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: