BEZANYA BILA MB BERILMU DAN TIDAK BERILMU


 

Guna logo, tema sama dengan pusat, PH Terengganu puji Samsuri

Raja Kamarul Bahrin Shah berkata keputusan Ahmad Samsuri Mokhtar tepat dan patut diikuti kerajaan negeri ditadbir PN.

FMT Reporters - 21 Aug 2023, 12:09am

 

Raja Kamarul Bahrin Shah berkata rakyat jelata telah penat dengan politik anarki dan kebencian.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Terengganu memuji keputusan Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar menggunakan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan seperti diumumkan kerajaan pusat di negeri itu.

Ketuanya Raja Kamarul Bahrin Shah berkata pendirian dinyatakan Samsuri tepat dan kena pada masa untuk diikuti pembangkang dan juga kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“Rakyat jelata telah penat dengan politik anarki dan kebencian.

“Sudah sampai masanya kita merapatkan saf sesama kita membina negara mengatasi keadaan dunia yang tidak menentu penuh kemelut,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Samsuri berkata, pihaknya akan menggunakan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” dan logo Malaysia Madani.

“Segala persediaan telah dibuat untuk menganjurkan sambutan dan kita akan meneruskan dengan keputusan sebelum ini iaitu untuk menggunakan logo dan tema sama dengan kerajaan pusat,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, Ketua Pemuda PN Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo Hari Kebangsaan PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan digabungkan elemen warna pada Jalur Gemilang dengan tema “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”.

Fadhli berkata, logo dan tema itu bakal digunakan untuk ucapan pimpinan PN sempena Hari Kebangsaan, namun akan mencadangkannya diperluaskan ke Kedah, Kelantan, Terengganu serta Perlis yang ditadbir gabungan itu.

Terdahulu, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pihaknya menolak menggunakan logo Hari Kebangsaan diperkenal Putrajaya kerana mempunyai perkataan “Malaysia Madani”, namun tidak mempunyai masalah dengan tema “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

 

No comments: