TIADA BUKTI TUKAR KEPADA PAS , NEGERI LEBIH MAJU DI BAWAH PH MEMERINTAH.

 



MMMS


Antara benda yang paling pelik ialah bila PAS ajak rakyat Selangor\Penang & N.Sembilan supaya tukar kepada PN, lepas tu mereka minta supaya PAS di kekalkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bila di tanya lebih terperinci sebab apa, mereka tak boleh bagi penerangan, paling kuat mereka cuba tamsilkan sokong PAS = Sokong Isley. Lepas tu bila tanya apa negeri contoh PAS, rata-ratanya mereka tunjuk Terengganu. Pelik juga kenapa mereka tak tunjuk negeri yang ada tarikan Capucicino keluar dari kepala paip sebagai satu kelebihan?


Masalah dengan PAS ialah tak ada orang yang cerdik, jadi yang tinggal hanya pengampu dan walaun sahaja. Mana taknya, bila orang cerdik tegur dan kritik tatakelola, mereka tuduh lawan ulamak. Yang naik jadi pemimpin pula geng tak habis belajar, yang pakai pertahan dengan menjilat ada jua habuan lantikan politik, itu belum masuk nak kerja di dalam negeri wajib kena ada kabel. 


Jadi bila kita tanya mereka, kenapa Negeri Selangor yang FDI\DI dia 60 billion kena contoh Terengganu yang invesment dia hanya 500 juta? Mana logiknya, 500 juta dan 60 billion mana yang lebih besar? Itu belum masuk bab perbelanjaan negeri Terengganu, 1.3 billion atau 77% dari jumlah 1.57 billion adalah dari royalti minyak. Kalau dana royalti, tak perlu PHD pun, tak habis belajar pun boleh jadi menteri besar. Cuba tengok negeri mereka di utara macam mana mereka nak perintah; next time belajar sikit baca belanjawan negeri jangan duk telan bulat-bulat dan pajak akal apa yang ketua lebai lebong. 


Kalau tak ada royalti minyak tengok lah Kelantan dan Kedah macam mana mereka memerintah. Itu yang paling kelakar, mereka nak suruh ubah, biasa ubah ini dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik, tapi dalam kes mereka dari keadaan yang baik kepada tidak baik. Mungkin mereka ingat mood rakyat sama dengan PRU15 kut, masa PRU15 boleh la kempen fitnah sana sini, lepas PRU kena saman pakat minta maaf, baru tahu. Itu pun "bersih dan stabil" sambil jana bawah meja. Mereka sebenarnya dah terperangkap, tak ada rakyat yang atas pagar akan tertipu dengan permainan lebai ini lagi. Apa-apapun jangan sombong sangat, silap-silap dengan Kelantan itu sekali pun lebai boleh kalah.



No comments: