MEREKA YANG KELUAR PAS BERJAYA DALAM KERJAYA MEREKA KINI. YANG TUNJUK KOTE, KUTIP DUIT TU TAK MOVE ON.

 Mokhtar Senik tanya, siapa yang lawan jemaah (dia maksudkan PAS) yang berjaya? Jawapannya, Abg. Mad dan Salahuddin Ayub. Dua orang menteri ini tinggalkan PAS kerana dikhianati pimpinan sendiri dan sekarang mereka sangat berjaya.


Mereka ini bukan setakat berjaya bentuk kerajaan, bahkan berjaya jadi menteri dan berjaya selesaikan masalah rakyat yang ditinggalkan oleh PAS dan PN dulu. Mereka berjaya menjalankan tugas sebagai menteri, sesuatu yang MP PAS gagal buat.


Sekarang, cuba cerita siapa dalam jemaah PAS yang berjaya. Berjaya jadi kerajaan dulu pun dengan mengkhianat. Tebuk atap. Lepas jadi menteri, gagal jalankan tugas. PRU15, walaupun menang paling banyak kerusi, tetap gagal bentuk kerajaan.


MP PAS gagal selesaikan masalah rakyat. Setakat mampu baca doa. Mantan MP yang tak dapat elaun pula yang selesaikan masalah. Lebih daripada itu, sebahagian besar pemimpin PAS juga gagal dalam saman fitnah. Kena saman dia kalah, menyaman pun dia juga yang kalah. Apa cerita?


Mana ada kemenangan dalam PAS. Tak usah sebut menang di akhirat la. Kalau dah fitnah jadi makanan dan membela perasuah, nak menang macamana di akhirat? Dalam PAS cuma ada kegagalan. Di dunia mahu pun di akhirat. Maka selamatlah mereka yang tinggalkan PAS. InsyaAllah. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


No comments: