RUMAH TERBUKA JANA PENDAPATAN RAKYAT






 Potongan gaji Anwar sudah cukup biayai Rumah Terbuka



Bila kerajaan ini bersih, bila kerajaan ini berjaya meningkatkan KDNK diluar jangkaan, bila kerajaan ini halang direct nego, bila kerajaan ini lawan rasuah… apa akn terjadi?


Maka pembangkang hanya boleh menyerang songkok PM, sampin PM, capal PM, nyanyian PM, konsert, Madani, menu Rahmah yg menampakkan tiada daya intelektual pembangkang utk menyerang kerajaan.


Bila MB dia melalak menyanyi boleh, bila tarian seksi waktu kempen mereka boleh, bila mereka jemput Billie Elish pengamal LGBT boleh, bila mereka masuk panggung wayang menonton Mat Kilau boleh, bila mereka buat majlis Rumah Terbuka boleh… pendek kata mereka boleh org lain tak boleh.


Bak kata mendiang Sammy Vellu ini semua kerja org gila. Bab kebaikan seperti Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pertama membuat kerja dan memikul tanggungjawab secara pro bono (tanpa bayaran) tidak langsung dipuji. 


Jauh akhlak mereka berbanding Anwar yg sdg berdepan dgn kes saman oleh Tun Mahathir tetap memuji Tun yg memperkenalkan jenama kereta  Proton milik negara ketika melancarkan Proton X90 baru2 ini. Anwar tidak menidakkan jasa Tun walaupun sdg bertarung dgn seteru politiknya itu.


Anwar juga membuat keputusan Menteri Kabinet mengalami pemotongan gaji dan elaun sebanyak 20 peratus dan mengecilkan kabinetnya membuktikan beliau bukan retorik atau 'lip service.’ Langkah ini sahaja negara dpt berjimat ratusan juta ringgit.


———————————————————————————


Terbaru isu yg mereka bawa selepas Madani dan Menu Rahmah ialah Rumah Terbuka. Walaupun hakikatnya kita tahu mereka gentar dgn kehadiran puluhan ribu rakyat ke rumah terbuka akn membuatkan penyokong mereka mulai resah dan berubah arah. 


Tanya saya jika mengambil kira dari sudut perbelanjaan dlm kerangka ekonomi itu sendiri cuba kita ambil calculator. Pendapatan Anwar jika beliau mengambil gajinya sebagai PM dan Menteri Kewangan barangkali sekitar RM 200k sebulan.


Kini hampir 6 bulan bermakna kerajaan sudah jimat RM 1.2 juta. Jika setahun RM 2.4 juta. Andaikata 3 negeri pembangkang yg dibelanjakan sebuah negeri RM 400 ribu kos keseluruhan RM 1.2 juta. Ia sudah mencukupi utk gaji beliau membiayai kos utk memberi rakyatnya meraikan rumah terbuka hari raya.


Kita ambil kira separuh dari kos tersebut sekitar RM 200 ribu dibelanjakan utk katering berapa banyak peniaga2 makanan di sesebuah negeri mendapat keuntungan. 


Penjual satay, mee, apam balik, laksa, lemang dan lain2 lagi mendapat keuntungan. Itu belum lagi keuntungan kpd penyewa khemah, sound systerm dan lain2. Malah abg2 RELA dpt byk job.


Jika dahulu hanya dibuat di Kuala Lumpur, hanya peniaga2 di Lembah Klang dpt menikmati keuntungan tersebut. Tapi kali ini 6 negeri peniaga2 Melayu mendapat keuntungan daripada rumah terbuka.


PMX belanja wang tersebut utk menjamu makanan kpd ratusan ribu rakyat Malaysia (bukan mencuri duit rakyat utk diberikan kpd anak bini berbelanja) , kemudian perbelanjaan tersebut diberikan kembali kpd peniaga2 Melayu utk menjana pendapatan atau mendapat durian runtuh. Tidak percaya tanyalah peniaga2 tersebut.


Formula ekonominya sgt mudah di mana kerajaan berbelanja utk rakyat bagi meransangkan ekonomi rakyat itu sendiri.


Membazir itu bila lantik mereka yg bertaraf Menteri tetapi tak buat kerja, membazir lantik ramai penasihat2 dgn gaji ratusan ribu sebulan, membazir itu bila buat byk projek direct nego, membazir itu bila lantik lebih 70 Menteri…!