Sekalung penghargaan buat semua yang hadir terutamanya anak Selangor serta kepada pihak yang terlibat menjayakan sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani khususnya Kerajaan Negeri Selangor.
Bertemu ramai anak Selangor semalam yang membanjiri majlis dan terharu tatkala semangat kasih sayang dan silaturahmi terus utuh dan kuat bersemangatkan Aidilfitri Mubarak. Saya mohon maaf sekiranya ada yang tidak sempat saya bersalam dan bertegur sapa.
InshaAllah, kita pasti ketemu lagi di lain waktu. Terus sebarkan mesej kasih sayang dan rahmah!
#MalaysiaMADANI