BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT KELANTAN





Norman Radzuan


Pencapaian PMX luar biasa bawa politik Madani 

AKHIRNYA ANWAR BANTU PULIHKAN AIR KELANTAN


Sebenarnya saya tidak pasti yg mana satu ingin saya tuliskan sb terlalu byk dilakukan oleh PMX utk disampaikan kpd pembaca dlm tempoh 24 jam lalu.


Dipendekkan cerita pagi ini saya ingin menulis kisah contoh pemimpin Islam yg tidak membawa politik dendam, pemimpin yg adil, pemimpin yg penuh rasa tanggungjawab dan pemimpin yg ingin melakukan perubahan utk negara.


Sebelum pesawat yg membawa PMX landing ke Bumi Serambi Mekah, kita telah mendapat khabar gembira bahawa KDNK Malaysia telah meningkat sebanyak 5.6% iaitu melebihi dari ramalan. 


Malah KDNK suku pertama ini lebih baik dari Indonesia dan China. Menurut Jabatan Statistik kita telah terus catat lebihan RM 4.3 billion daripada keluaran negara kasar.


Ia luar biasa kerana Anwar tidak sampai 6 bulan menjadi PM. Saya pernah menulis dan memberitahu kpd mereka berikan Anwar satu kali peluang sahaja… Alhamdulillah tidak sampai setahun telah nampak ‘hasilnya’. Yes…Malaysia on the right track.


Atas faktor apa keyakinan saya? Mana2 negara jika melawan rasuah pasti negara itu akan maju seperti Norway, Singapura dan lain2. Jadi siapa pemimpin yg benar2 anti rasuah? Jawabnya hanya ada pada insan bernama Anwar Ibrahim yg konsisten memerangi rasuah hingga sanggup dipenjarakan.


———————————————————————————


Baru ingin mengulas panjang lebar mengenai KDNK, saya terpaksa batalkan hasrat tersebut apabila melihat kpd kejadian di Kelantan yg luar biasa.


Pertama sayu saya melihat puluhan ribu rakyat Kelantan menyambut Anwar di mana ia pernah berlaku di Stadium Sultan Muhammad 25 tahun dahulu. Kehadiran Anwar disambut dgn laungan Reformasi.


Malamnya pula Anwar bersama legasi Tuan Guru Nik Aziz iaitu Nik Omar dan Nik Abduh. Ia adalah moment nostalgia yg memperlihat aura yg ada kpd Anwar. Bukti Anwar menyatukan dua saudara ini yg terpisah kerana politik dan bukan membawa politik kebencian.


Walaupun rakyat Kelantan menolak PH parti pimpinan Anwar, beliau tidak berdendam. Malah derita 60 tahun rakyat Kelantan tidak mendapat bekalan air bersih, Anwar berjanji utk selesaikan permasalahan ini.


Bukan Mahathir, bukan Najib, bukan Muhyiddin dan bukan Ismail Sabri yg kononnya ingin membela nasib Melayu utk memulihkan bekalan air bersih buat rakyat Kelantan. Tetapi insan bernama Anwar Ibrahim yg dikeji dgn pelbagai fitnah inilah yg mengambil pendekatan utk menghilangkan penderitaan rakyat Kelantan.


Org beri tuba kita balas dgn madu itu style DS Anwar Ibrahim di mana di kalangan org parti di dlm PKR selalu menyindirnya sebagai ‘ Pemaaf tahap dewa’. 


Di mana karektor itu kurang disenangi pengikutnya dan ahli parti tetapi Anwar tetap dgn prinsip sesuai dgn amalan Islam tidak mengamalkan politik dendam.


Apa kata Anwar ? “ Saya tidak sanggup berlaku zalim kpd tokoh2 politik kerana saya sudah rasa apa itu kezaliman.”


Kita tahu ramai org2 agama memfitnah Anwar dgn pelbagai tuduhan memburukkan dirinya. Apapun fitnah dilemparkan kpdnya, Anwar tetap meluluskan RM103.6 juta utk Imam, guru, bilal, guru takmir, KAFA di Kelantan. Tak cukup dgn itu bayaran khas sebanyak RM 3.2 juta kpd 5470 guru KAFA.


Bukan itu sahaja utk tambatan banjir Anwar telah meluluskan RM 1 billion utk negeri Kelantan. Saya sgt berharap rakyat Kelantan buka pintu hati mereka… insan yg mereka fitnah pelbagai tuduhan inilah yg telah membantu mereka sehingga memperuntukkan berbillion ringgit.


Sdgkan mereka yg menjerit Melayu itu tidak ada apa yg mereka lakukan. Malah pemberian ratusan juta ringgit kereta Mercedes yg dibeli. 


Di hati kecil saya yakin dgn puluan ribu yg hadir dgn laungan Reformasi… rakyat Kelantan ingin melakukan perubahan. Rakyat Kelantan Insyallah sedar mereka sendiri kena bantu diri mereka utk keluar dari kesusahan dan kemunduran negeri ini.


Saya dpt merasakan ‘ PMX Wave’ akan berlaku di Kelantan. Nanti kita bincangkan perkara ini…


Esok apa lagi yg PMX mahu lakukan?