PERHIMPUNAN INI ADALAH MUAFAKAT SEMUA PARTI KOMPONEN.






Anwar Ibrahim


Alhamdulillah hari ini dapat bersama rakan-rakan dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka WTC, Kuala Lumpur. 


Konvensyen yang julung kali diadakan ini dimulakan dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan. 


Dalam ucapan saya sampaikan penghargaan buat rakan-rakan pimpinan atas peranan mereka dalam memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 


Konvensyen hari ini memberi isyarat jelas bahawa Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil sokongan 19 parti politik adalah stabil dan komited mengangkat darjat rakyat Malaysia. 


Saya juga singgung soal kuasa dan kekayaan khazanah negara harus digunakan untuk membangun semula Malaysia agar muncul sebagai gergasi ekonomi baharu.  


Kerajaan Perpaduan akan terus fokus kepada usaha membangunkan semula Malaysia dan membela nasib rakyat keseluruhan dengan kerjasama daripada rakan-rakan dalam kabinet yang berkerja kuat bagi menarik lebih banyak pelaburan luar ke dalam negara. 


Semoga usaha saya dan rakan-rakan di dalam Kerajaan Perpaduan ini dipermudahkan, InsyaAllah.


#KerajaanPerpaduan

#MalaysiaMADANI

#MengangkatAgendaRakyat



No comments: