PAS PUTAR ISU PERANG AHZAB

 





Perang Ahzab adalah perang di mana musyrikin Makkah bergabung dengan Yahudi mengepung Makkah bagi menewaskan kaum Muslimin yang diketuai oleh Nabi saw.


Hari ini nama Ahzab menjadi popular apabila PAS menggelar parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan sebagai golongan Azhab. Bererti PAS menyamakan muslim dalam Kerajaan Perpaduan dengan musyrikin Makkah dan Yahudi.


Menuduh seorang muslim sebagai kafir ini sangat dilarang oleh Nabi saw. Mafhum satu hadits ada menyebut jika seorang muslim itu menuduh muslim yang lain sebagai kafir, jika orang itu tidak kafir maka tuduhan itu kembali kepadanya.


Dalam Kerajaan Perpaduan terdapat ramai muslim yang baik. Malah ada juga mereka yang bergelar ulama. Berdasarkan tafsir hadits dalam gambar di bawah, jadi bagaimanakah hukumnya sekarang?


Gelaran Ahzab diberi hanya kerana PAS tak mampu bentuk kerajaan. Rasa sakit hati kerana musuh PAS bergabung dan bentuk kerajaan yang sah menurut demokrasi. Tidakkah itu keterlaluan? Demi politik lantas membelakangkan hadits Nabi saw?


Perbuatan mengganggu orang dengan perbuatan atau perkataan yang tak sesuai kesalahannya itu adalah satu perbuatan yang dicela dalam al-Quran. Suatu dosa yang amat besar. Rujuk al-Quran surah al-Ahzab ayat 58.


Adakah wajar hanya kerana kalah dalam pilihanraya maka PAS berikan gelaran yang tidak-tidak kepada musuhnya? Sedangkan kekalahan PAS berpunca dari diri mereka sendiri yang gagal mentadbir ketika berada dalam kerajaan selama 33 bulan dahulu.


Tak cukupkah firman Allah dan hadits Nabi saw untuk dijadikan panduan? Jika Nas yang sebegini pun ditolak, PAS ikut ajaran siapa sebenarnya? Islam bagaimana jadi pasangan PAS? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



No comments: