APA CERITA HARI INI DAN APA YANG BERLAKU DI KELANTAN SEMALAM?




🟢 Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik


🟢 Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Kerajaan Perpaduan yang didukung pelbagai parti politik tidak pernah melupakan agenda kepentingan Melayu dan Islam


🟢 Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah kewangan RM103.86 juta khusus kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kelantan tahun ini


🟢 Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu daripada seluruh rakyat Kelantan dalam merealisasikan agenda membangunkan Malaysia MADANI


🟢 Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kelantan disambut meriah lebih 15,000 pengunjung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.


🔵 Kerajaan belum membuat keputusan lagi berhubung kadar tambang yang akan ditetapkan bagi perkhidmatan Keretapi Laluan Pantai Timur (ECRL). Kendatipun begitu, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan berharap agar projek ECRL mampu menjadi projek pemangkin dan pencetus perubahan pembangunan di negeri-negeri Pantai Timur


🔵 Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun penuh 2023 di sebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh serta pelaksanaan langkah Belanjawan 2023


🔵 Jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula telah ditubuhkan bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan kestabilan harga barangan tersebut


🔵 Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan yang turut disertai UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi


🔵 Kadar dividen bagi Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ialah lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 yang melibatkan hampir 8,000 pelabur


🔵 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Negeri Perak berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.2 bilion diluluskan ke negeri itu yang mana ia menunjukkan peningkatan 24.3 peratus berbanding tahun lalu


🔵 Datin Seri Rosmah Mansor telah memasukkan memorandum kehadiran dalam kes saman difailkan sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan terhadapnya bagi menuntut AS$14.57 atau RM67.46 juta, atas dakwaan melanggar kontrak berhubung kehilangan 43 barang kemas kepunyaan syarikat itu yang diserahkan kepadanya lima tahun lepas


🔵 Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Pertandingan Antarabangsa Aritmetik Mental ALOHA 2023 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 30 Julai


Disusun semula 

WFAUZDIN NS



No comments: