LAGI KES YANG MASIH TAK FAHAM FAHAM.SAJA NAK MAINKAN ISU


Kes yang heboh diperkatakan sekarang ini iaitu kes penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, sebenarnya adalah kes rampasan buku penerbitan keagaman Kristian daripada Jill Ireland. Bukan kes penggunaan nama Allah pun.


Sungguhpun kes itu mempunyai implikasi terhadap penggunaan kalimah Allah, tetapi tidak sebesar kes semakan kehakiman yang difailkan oleh Sidang Injil Borneo (SIB). (https://bit.ly/459Gkzq).


SIB memperjuangkan hak gereja di Sabah untuk menggunakan kalimah Allah. Tetapi sebagai tindak balas atas tindakan KDN, maka SIB telah hentikan tuntutan tersebut.


Aku pada awalnya merasakan ia langkah politik yang silap oleh KDN. Walaupun aku tak bersetuju dengan larangan penggunaan nama Allah, tapi dari segi politik, tindakan KDN merugikan.


Tetapi apabila aku terbaca berita ini, aku mula rasa tindakan KDN adalah bersesuaian. Ini situasi win win. Kedua-dua pihak tidak meneruskan kes sekali gus meredakan semua ketegangan.


Tindakan dari KDN dan SIB ini memupuk semangat  perpaduan kalangan rakyat serta mempromosikan kedamaian kaum juga agama. Beginilah caranya politik yang matang. Menyelesaikan konflik secara aman dan penuh hemah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



No comments: