Kesian PN dah ketandusan isu.




Apa yang dia sakit hati sangat dengan perlantikan semula Azam Baki? Tak baguslah Azam Baki? Kalau tak bagus, bermakna Mahiaddin lantik orang yang tak berkebolehan. Sebab Azam Baki dilantik ketika Mahiaddin memegang tampuk kuasa.


Kerja Azam Baki belum selesai. Masih ada banyak kes sedang diuruskan. Menukar Azam Baki ketika ini tak membantu pengurusan kes. Biarlah kes-kes ini dijalankan semua sebelum dia ditukar. Barulah ada sinambungan dalam siasatan setiap kes.


Katalah DS Anwar tukar pun KP SPRM, PN ingat DS Anwar akan lantik orang yang pro PN? Memang tak la. Siapa pun yang DS Anwar lantik nanti akan jadi modal buat PN. Sebab yang PN mahu hanya untuk timbulkan keraguan rakyat terhadap SPRM.


Supaya nanti, mudah nak kononkan rakyat yang pemimpin PN teraniaya. Pendakwaan terpilih. Kalau nak nafikan dalam mahkamah memang tak mampu jadi ini saja caranya. PN kecewa bila khidmat Azam Baki diteruskan. Tak dapat main sentimen.


Usah polemikkan perkara ini. Tak ada isu pun. Kena ingat dulu Mahiaddin yang suka sangat dekat Azam Baki. Terima sajalah. Kan kluster mahkamah PN mengaku teraniaya. Buktikan di mahkamah nanti. Tak perlu nak merengek di media. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


No comments: