SANUSI..JANGAN DENGAR NASIHAT MAHFUZ- LAWAN SAMPAI TINGGAI SEKUPANG

Mahfuz nasihat Sanusi jangan ego, minta maaf kepada PM

ROSLINDA HASHIM
04 APR 2023

SANUSI JANGAN MOHON MAAF.


“Muhammad Sanusi sewajarnya berunding dengan peguam Anwar untuk mohon maaf secara terbuka, ia perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negeri Kedah.

“Adalah tidak elok untuk menunjukkan sikap ego, sehingga akhirnya apabila mahkamah buat keputusan dan tidak menyebelahi beliau, akan memburukkan lagi keadaan apabila ketua kerajaan disahkan melakukan perbuatan tidak sewajarnya,” jelasnya.

Mahkamah Rayuan pada Isnin memerintahkan Muhammad Sanusi membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada Mahfuz, berhubung saman fitnah yang dikemukakan berhubung isu pemindahan premis judi ke kawasan Pokok Sena.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan balas Mahfuz untuk kuantum ganti rugi dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Panel hakim sama menolak rayuan Muhammad Sanusi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021 yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan saman fitnah Mahfuz.

Disember lalu, Anwar turut memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapannya yang berbaur fitnah dalam kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun' pada 13 November lalu.



No comments: