SAMAN LAGI HINA MAHKAMAH! MEMUAT NAIK SEMULA FITNAH TERHADAP MAHFUZ!



Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar akan mempertimbang untuk memulakan prosiding menghina mahkamah ke atas Muhammad Sanusi Md Nor susulan tindakan menteri besar Kedah itu berkongsi semula kenyataan fitnah terhadapnya. Mahfuz berkata dia akan meminta peguamnya untuk menyemak tindakan yang wajar diambil untuk situasi tersebut. "Saya akan minta peguam saya semak (untuk mulakan prosiding hina mahkamah), apakah wajar untuk saya mengambil tindakan," katanya kepada Malaysiakini. Mahfuz diminta mengulas tindakan Muhammad Sanusi yang memuat naik semula kenyataan fitnah terhadapnya hari ini, sehari selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan saman fitnah ke atasnya.