JOM DEMONTRASI UNTUK JAGA PERUT DAN DIBAWAH PERUT

 



Ada yang tanya aku, kes doktor kontrak nak mogok tu ada dalang dari kalangan pembangkang ke?

Aku tak pasti. Tapi kalau betul ada, aku cuma nak ingatkan pembangkang. Isu Hartal Doktor Kontrak ni bukan benda baru. Bukan terjadi lepas Kerajaan Perpaduan terbentuk.

Isu ni bermula dari zaman Mahiaddin lagi. Waktu itu kita ditekan dengan pandemik COVID dan perlukan ramai staff kesihatan. Dari situ ketidak puasan hati ini membiak dan jadi kronik ketika KJ jadi menteri.

Sekarang baru isu ini dapat perhatian sewajarnya. Jadi pembangkang tak payahlah nak berlagak hero sebab kemelut ini berpunca daripada mereka juga. Kalau bermaruah, mereka sepatutnya malu.

Aku nampak Dr. Zaliha ni ada kesungguhan untuk selesaikan isu ini. Rasanya mungkin kerana beliau sendiri pernah jadi doktor. Kita berikan kepercayaan dan masa kepadanya. Guane boh?

Raja Gelap

.