TIDAK RASMI: WAN ROSDY, KHALED DAN JOHARI MENANG NAIB PRESIDEN UMNO

 


Keputusan persaingan merebut tiga jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2023-2026 masih belum muktamad pagi ini, dengan Wan Rosdy Wan Ismail mendahului.

Menurut paparan keputusan tidak rasmi terbaru di Facebook Umno Online setakat 9.30 pagi, Wan Rosdy memperoleh 116 undi.

Ini diikuti Ketua Umno Johor Khaled Nordin yang memperoleh 104 undi dan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani dengan 96 undi. Azalina Othman Said mengekori rapat di belakang dengan 63 undi.

Khaled adalah salah seorang daripada dua naib presiden yang bertanding untuk mempertahankan jawatan. Seorang lagi penyandang naib presiden, Mahdzir Khalid, hanya memperoleh 30 undi setakat pagi ini.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan naib presiden sebagai tanda protes terhadap usul parti tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya pada pemilihan.

Calon lain bertanding untuk jawatan itu termasuk bekas Ahli Parlimen Kepala Batas Reezal Merican Naina Merican; Ahli Parlimen Simpang Renggam Hasni Mohammad; serta ahli bahagian Iskandar Puteri Yusof Musa.

Dalam persaingan merebut 25 kerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT), dua menteri dan tiga timbalan menteri antara yang mendahului.

Mereka terdiri daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Kerja Raya Abdul Rahman Mohamad.

Shamsul mendahului saingan dengan 134 undi, diikuti dekat oleh Zambry (131).

Calon lain termasuk Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin; ahli MKT Puad Zarkashi; bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said; bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub; bekas Ahli Parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahlan; serta Lokman Noor Adam.

Maklumat tambahan – senarai pemenang tidak rasmi adalah seperti berikut:

PENGERUSI TETAP

1. Tan Sri Haji Badruddin bin Amiruldin

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Datuk Seri Abdul Fattah bin Abdullah

NAIB PRESIDEN

1. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

2. Datuk Seri Mohamed Khaled bin Nordin

3. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI

1. Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Nasarah

2. Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir

3. Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

4. Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan

5. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Haji Radin

6. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub

7. Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim

8. Dato’ Haji Azian bin Osman

9. Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin

10. Dato’ Dr Ir Shaik Hussein bin Mydin

11. Datuk Haji Mohd Razlan bin Muhammad Rafii

12. Dato’ Seri Dr Md Alwi bin Che Ahmad

13. Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

14. Dato’ Sri Mohd Sharkar bin Shamsudin

15. Datuk Zahida binti Zarik Khan

16. Datuk Dr Mohd Puad bin Zarkashi

17. Datuk Haji Johan bin Abdul Aziz

18. Isham Jalil

19. Dato’ Seri Dr Ahmad bin Said

20. Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom

21. Datuk Seri Panglima Abdul Rahman bin Dahlan

22. Dato’ Lokman Noor Adam

23. Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman

24. Dato’ Suraya binti Yaacob

25. Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias

Sebanyak 189 bahagian berhak mengundi pada pemilihan parti kali ini.

Sumber – FMT



No comments: