DIA NI KALAU BERCAKAP SELALU KENA PADA DIA. TAK CAYA BANYAK DAH SOALJAWAB DALAM DEWAN BAGI BOLA TANGGUNG.

 


Ini apa jenis menyindir la ni? Dia tak sedar ke yang dia cakap tu boleh tikam diri dia sendiri?

Masa PN berkuasa dulu, Menteri Alam Sekitar dan Air (Mewa) adalah dari PAS. Namun PM dari parti Bersatu. Jadi fahamlah kita masalah air di Kelantan tak boleh selesai kerana PM bukan dari PAS.

Kalau ditakdirkan PN jadi kerajaan sekali lagi pun, masalah air di Kelantan nescaya tak akan selesai sebab PM tak mungkin dari PAS. Hj. Hadi nak jadi Ketua Pembangkang pun tak berani, inikan jadi PM!

Itu yang kelakar PN ni. Mereka bersekutu hanya nak dapatkan kuasa. Bukan untuk bantu rakyat. Bila dah dapat kuasa, mereka cuma kejar jawatan dan leka kira gaji. Soal kebajikan rakyat tolak ke tepi.

Sebab itu walaupun PM dari PN sendiri pun, tetap peruntukan untuk Kelantan dan Terengganu rendah. Berbeza dengan DS Anwar. Beliau bahkan tambah peruntukan Kelantan walaupun PH ditolak di sana.

Jadi kalau Zahid janji masalah air Kelantan boleh selesai, itu bukan sesuatu yang mustahil. Kerana DS Anwar terbukti lebih pentingkan kesejahteraan rakyat daripada bermain politik.

Soalnya bukan parti. Soalnya individu yang menjadi PM itu siapa. DS Anwar terbukti punyai kredibiliti yang tinggi dan sangat mementingkan rakyat. Tapi pada akhirnya terpulanglah kepada rakyat Kelantan. Kalau masih nak percaya janji palsu lebai, redalah dengan segala kekurangan. Guane boh?

Raja Gelap

.