LAPORAN INI ADALAH SAT FITNAH..DIA TAK SEDAR GAMAKNYA





Ketua Penerangan Bersatu membuat laporan polis terhadap DS Anwar dan Zahid Hamidi atas tuduhan cuba melumpuhkan kepimpinan PN dan Bersatu. Ini termasuk bekukan akaun Bersatu dan mengheret pemimpin Bersatu ke Mahkamah.

Sama ada dia sedar atau tidak, laporan ini sendiri adalah satu fitnah terhadap DS Anwar. SPRM dan AGC telah keluarkan kenyataan yang tiada tekanan diberikan ke atas mereka dalam urusan mendakwa pemimpin Bersatu. Baca di https://bit.ly/40jR374.

Selalu yang disebut tentang jumlah wang terlibat. Konon mulanya RM600 bilion kemudian turun ke RM530 hinggalah RM300 juta. Sebenarnya begini.

RM600 bilion itu adalah jumlah yang Mahiaddin sendiri sebut. Kononnya pentadbirannya dahulu berbelanja besar untuk bantu rakyat. Tapi didapati sebenarnya hanya RM530 bilion sahaja peruntukan untuk perbelanjaan waktu itu.

Kemudian dari jumlah tersebut, didapati kerajaan hanya keluarkan RM92.5 bilion. Selebihnya adalah duit rakyat sendiri dalam bentuk moratorium dan KWSP. Jadi Mahiaddin sebenarnya tipu rakyat. Dia tak sediakan bajet besar untuk tolong rakyat pun.

Kemudian siasatan SPRM mendapati ada unsur rasuah di mana projek diberikan kepada kontraktor tertentu dan sebagai balasannya sejumlah wang dimasukkan ke akaun Bersatu dalam nilai 5 ke 10% iaitu lebih kurang RM 4.5 bilion.

Jumlah 5% ini yang diperolehi dari pengakuan wakil syarikat yang ditahan. Bukan rekaan. Tapi kemudian siasatan SPRM lanjut mendapati sejumlah RM300 juta masuk ke akaun Bersatu.

Jadi begitulah ceritanya. Jumlah tak pernah turun ataupun berubah. Jumlahnya konsisten. Tapi yang nyata, Mahiaddin yang menipu. Cakap hebat konon belanja banyak sampai RM600 bilion. Rupanya tak sampai pun. Lebih pedih, rupanya cuma RM92.5 bilion sahaja yang kerajaan belanja. Yang banyak duit rakyat sendiri. Besar punya penipu.

Dorang ni buat laporan polis ni sebenarnya bukan apa. Dorang tahu tiada siasatan pun perlu dibuat kerana jelas tindakan SPRM dan AGC berdasarkan bukti dan data yang diperolehi. Tiada tekanan pun.

Tapi itu yang mereka nak. Bila tiada siasatan, jadi mereka akan buat cerita kononnya terbukti semua ini pendakwaan terpilih kerana DS Anwar tak kena siasat walaupun berpuluh laporan polis dibuat. Jadi mana-mana rakyat yang tak cerdik akan dapat mereka tipu. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: