PROPAGANDA PN TERHADAP ZAHID HAMIDI DAN TEAMNYA




Kemenangan kumpulan pro-Zahid ini adalah satu indikasi bahawa dakwaan akar umbi UMNO tolak kerjasama dalam kerajaan perpaduan adalah satu propaganda palsu PN.

Ini juga menunjukkan yang akar umbi UMNO tidak mahu parti mereka bekerjasama dengan PAS dan PN. Ahli UMNO sedar bahawa Bersatu dan PAS akan lebih memudaratkan mereka.

Melihat keputusan pemilihan UMNO ini, ada rasa ada peluang untuk menjatuhkan pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam PRN akan datang ini nanti.

Jika pengundi UMNO kembali mengundi parti itu, dengan undi penyokong PH dan ditambah protes dari rakyat yang lama menderita, kedudukan PAS sudah tidak selamat.

Bak kata orang tua-tua, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Kejarkan Selangor dan Negeri Sembilan, rupanya hilang Kelantan, Terengganu dan Kedah. Guane boh?

Raja Gelap