TAK TERKEJUT KALAU LEBAI PAS CAKAP DULU PIKIR KEMUDIAN...

 

Ahli Parlimen PAS tarik balik kenyataan menteri kesihatan ‘tak beradab’

Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim menarik balik kenyataan itu selepas diarah timbalan speaker Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim menarik balik kenyataannya yang menuduh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebagai ‘tidak beradab dan tidak ada akhlak’.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim menarik balik kenyataannya yang menuduh Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa sebagai “tidak beradab dan tiada akhlak” apabila tidak menjemput wakil kerajaan negeri pada majlis penyerahan Hospital Pendang Januari lalu.

Awang berkata, walaupun berbeza ideologi politik sepatutnya seorang menteri memaklumkan kepada wakil kerajaan negeri apabila menghadiri program di negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN). Beliau juga menyifatkan tindakan Zaliha tidak manis kerana mengabaikan tuan rumah.

“Jadi saya ingat menteri kesihatan kena ambil perhatian sikit bila turun ke Hospital Pendang. Jangan langgar tak tahu hala sangat.

“Saya tahu lah (anda dapat) arahan dari ‘jeneral maulud’ Putrajaya menyebabkan menteri kesihatan yang tak beradab ini turun tanpa memberitahu,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen PN itu juga menyatakan Zaliha sebagai “tidak ada akhlak”.

Kenyataan itu bagaimanapun dibantah Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang menggesa Awang menarik balik kenyataan tiada akhlak terhadap Zaliha.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Noor, turut bersetuju dan mengarahkan Awang menarik balik kenyataannya itu.

“Merujuk kepada peraturan Dewan 36(5) seseorang ahli dewan tidak dibenar menyebut nama atau satu benda ‘specific’. Ini YB menyebut menteri kesihatan. Ini ‘specific’. Jadi saya minta jasa baik, tarik balik,” kata Ramli.

Awang kemudian akur dengan arahan itu dan menarik balik kenyataannya.


No comments: