Aku dapat tangkap layar satu posting dalam ruang komen. Tak
pasti kalau penulis tu seorang peniaga tapi dalam posting tersebut, katanya
Menu Rahmah tak menguntungkan melainkan kalau kerajaan beri subsidi 50%.
Dan aku juga ada jumpa satu posting dari seorang bernama Abg.
Chik. Katanya, mulanya dia pun tak gembira tapi selepas dibuat kira-kira, ada
untung seringgit lebih ke dua ringgit. Sambil dapat bantu rakyat susah.
Sebenarnya Menu Rahmah ni tak wajib. Kerajaan takkan kenakan
tindakan pun kepada peniaga yang enggan buat Menu Rahmah. Kalau rasa tak
untung, jangan buat. Mudah je. Biarlah peniaga yang kata masih ada untung je
yang buat. Guane boh?
.